Saturday, December 3, 2011

kata kata mutiara

kata kata mutiara khas untuk semua golongan.. baca dan cubalah hayati dalam kehidupan anda seharian.. jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.. renung renungkan dan selamat beramal.. :))


kata kata mutiara kehidupan :
  • hidup penuh pengorbanan, pengorbanan perlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan perlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahagiaan.
  • kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
  • ikhlaslah! menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. hidup tanpa pegangan ibarat buih buih laut, bila bila masa ia akan hilang.
  • selemah lemah manusia ialah orang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia siakan sahabat yang telah di cari.
  • hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara pertama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
  • bekunya air mata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupakan mati, lupakan mati kerana telalu mencintakan dunia. renungkanlah!
  • keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang amat kelam. ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  • boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. ALLAH maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. ( al-baqarah :216 )
  • kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat. puas kita menangis mencari dimana matahari? rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.
  • penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka sesiapa yang mengelakkannya sebab takut kepada-KU, maka AKU akan gantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.
  • yang benar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat, yang dekat itu mati. -imam al ghazali-

3 comments:

  1. saya suka baca kata-kata muriara..
    kadang2 jadikan kata2 ni semua sbg dorongan...
    pasti akan letak kata2 mutiara di file2 kuliah... hahahaha
    singgah2 jap di sini..
    sambail singgah sambil usha iklan.

    ReplyDelete
  2. hehe..
    kata kata mcm ni boleh buat kita lebih bersemangat dlm hidup..
    thanks singgah..
    follow la this blog :)

    ReplyDelete
  3. Salam..sama seperti saya juga..kata-kata motivasi adalah pembakar semangat saya untuk terus bergerak dari hari ke hari. kalau sudi jemputlah ke blog saya untuk membaca beberapa artikel hasil dari satu kata-kata motivasi yang saya cuba kembangkan menjadi artikel motivasi.

    ReplyDelete