Sunday, January 8, 2012

kebaikan kismis

korang semua mesti dah tahu sedikit sebanyak tentang khasiat kismis ? aku pun nak share sikit dekat korang tentang kebaikan kita sebagai student jika mengamalkan makan kismis.

kismis adalah satu manisan asli ciptaan Allah SWT. ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat dibumi ini. ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnessium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6 serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan).ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.


Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cecair kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih"
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyskit kecuali kematian"


Antara kelebihan kismis :
~ membantu meningkatkan memori dan hafalan
~ melindungi hati
~ membantu memulihkan keletihan saraf
~ membantu menajamkan mata dan minda
~ membantu mengurangkan stress
~ membantu merawat masalah sembelit
~ membantu merawat masalah pelupa

dan sebagainya. dari sini kita dapat tahu bahawa kismis mampu membantu kita dari segi kesihatan. jadi janganlah abaikan kesihatan diri anda semua terutamanya student macam saya((: tanpa kesihatan yang baik kita tidak mampu menimba ilmu dengan sempurna.

2 comments:

  1. Dulu selalu makan kismis sbb org dewasa cakap baik untuk minda.. tak di nafikan, sbb skang shah bijak hahaha :D ... anyway nice to know k. tukar link tu saya dah buat.thanks for invite ;)

    ReplyDelete
  2. untung la bijak..haha..
    orite! ((:

    ReplyDelete