jangan lah asyik mengeluh apabila hujan :
-ala...hujan lagi, tak dapat keluar..
-susah la macam ini asyik hujan je..
-ishh..tak kering la baju kalau hujan je..
-tiap tiap hari hujan menyampah la..
patut ke kita sampai berkata demikian?

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)”
fikir fikir kan lah.. daripada kita mengeluh apabila turunnya hujan lebih baik kita berdoa.. Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). inilah yang sepatutnya kita lafazkan apabila hujan..
kelebihan hujan :
-menyuburkan tanaman
-membersihkan udara
-menyejukkan suasana
-memberi bekalan air diempangan
dan banyak lagi..
hargai dan syukurilah apa yang dikurniakan.. :))
No comments:
Post a Comment