Monday, December 19, 2011

kawan pilihan anda

berkawan tidak susah tapi adakah semua kawan yang terbaik untuk kita ?

carilah seorang kawan yang apabila kita terlanjur berbuat maksiat, dia mahu menasihati kita meninggalkan maksiat tersebut. juga mahu menjaga kita agar jangan jatuh pada perbuatan maksiat.

carilah seorang kawan yang boleh menunjukkan kita pada jalan kebenaran dan mencegah kita melintasi jalan kejahatan.


carilah seorang kawan yang fikirannya boleh melegakan hati kita, dan hikmahnya boleh melapangkan jiwa kita. kehadiran kawan kita tersebut dapat menjaga diri anda agar tidak tergelincir ke dalam jurang kemaksiatan dan kehancuran. juga dapat melindungi kita agar terhindar dari dosa akibat berbuat maksiat.

carilah seorang kawan apabila kita jauh dari jalan kebenaran maka dia akan mengarahkan kita pada jalan yang lurus.

carilah seorang kawan yang boleh kita meluahkan masalah. dan jika kita ditimpa kegagalan, kawan kita akan terus menerus mendukung kita untuk terus maju. dan apabila kita kecewa, kawan kita akan selalu mengingatkan nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

jadi janganlah kita tersalah pilih kawan. kawan biar seribu. jalani hidup anda dengan kenikmatan yang diberi dan syukurilah ia sebaiknya. ((:

2 comments: