Wednesday, November 16, 2011

kisah aku dan dia

kisah aku kali ini tentang seseorang.. ianya hanya rekaan semata tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.. haha.. jangan salah anggap k.. baca jangan x baca.. ((:
........ ........ ....... .......

dia dan aku telah kenal sejak zaman sekolah lagi. kami berkenalan dan mula rapat sebagai kawan. gaduh, bertekak adalah gurauan bagi kami. kecil lagi jadi gaduh gaduh manja la kiranya. bagi aku dia ok je. mana ada feel pape sebab kecil lagi la katakan. ala budak hingusan.

tamat sekolah rendah, aku dan dia tidak berjumpa lagi. lain sekolah. tapi aku takde rasa pape pun. biasa lah sorang pergi yang lain datang. tapi satu hari aku ternampak dia di sekolah aku. ha! mau tak terkejut aku. lain sungguh. tapi aku buat tak tahu je. hingga lah satu hari dia tegur aku. kami nula kawan seperti dulu. perasaan aku mula lain. seolah olah aku seperti di sinari satu sinar yang cerah dan membawa kegembiraan kepada aku.

hati ini sudah tertarik kepada si dia ? ohh! ini tidak mungkin. tapi apakan daya aku tidak mampu menghalang perasaan ini. dia masih tidak tahu. patutkah aku bagitau ? tidak sama sekali. mana ada perigi cari timba. malu lah aku kalau aku bagitau pada si dia. hari demi hari berlalu.

..... ...... ...... .....

satu hari, sedang asyik kami berbual, dia mula berbicara secara serius. aku terasa lain. dia mula meluahkan perasaannya sama seperti yang aku rasa. hati ku semakin gembira. berdebar debar hati ini rasa macam nak keluar je jantung aku. kasih dan sayang mula terjalin antara kami.

tamat pelajaran, alam pekerjaan pula aku dan dia lalui. tapi kasih dan sayang kami masih segar. sesekali gaduh bukanlah bencana bagi kami. itulah cabaran dalam dunia ini.

bercinta memang indah. dia sentiasa ada bersama aku. susah dan senang bersama. kesana kesini bersama. boleh dikatakan semuanya hendak bersamalah. dapat bersama si dia ialah keinginan ku.

tapi hinggalah satu hari,
.............

maaf, hubungan ini tidak dapat di teruskan lagi. bantahan ibubapa menghancurkan hati kami. dia masih bersabar menanti. tapi apakan daya aku, ibubapa lebih utama. aku terpaksa melupakan cinta ini demi keluarga. hari ku mula gelap dan sedih. tapi hidup tetap perlu di teruskan.
...... ........ .......

esok rombongan meminang aku akan tiba. hati semakin pilu. kata kata ayah seolah olah aku tidak mampu menerimanya. tapi aku hanya mampu berdiam. mengikut segala keingin keluarga. esok tiba, aku hanya tunggu dan duduk didalam bilik sahaja. aku setuju apa yang keluarga setuju. rombongan meminang berjaya. tapi kejutan berlaku.

dia.... dia... dia...! dia muncul kembali dan meminang aku. ya allah hanya engkau yang maha mengetahui. tiada sapa mampu memiliki kegembiraan seperti ini.

kami di satukan. tiada siapa pun yang dapat menghalang lagi. syukur kepada allah kerana dia lah jodoh aku yang sebenar.

majlis perkahwinan diadakan dengan meriah sekali. tiada sebarang masalah yang timbul semasa majlis dijalankan.

.... ....... ....... ..... ............

2 tahun kemudian, lahirlah seorang cahaya mata yang comel. hidup kami semakin disinari dengan sinar yang indah. dia seorang yang sangat penyayang. inilah kisah aku dan dia..

pesanan ikhlas : kalau dah jodoh takkan kemana. janganlah terlalu mengejar cinta dunia kerana cinta di akhirat yang utama. hargai apa yang kita miliki. bersederhanalah.

No comments:

Post a Comment