Friday, February 24, 2012

hadiah ukhuwwah (:

hadiah istimewa buat semua
saya ingin kongsi bersama anda
dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain
nikmatlah.


saudaraku,
ukhuwwah itu menjana bahagia.
biarpun dengan linangan air mata

kerana ukhuwwah itu dibina atas asas iman kepada
Allah Yang Maha Esa (Pencipta kita, sumber kebahagiaan kita, dan tempat pergantungan kita. Dia yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri)

dengan ukhuwwah, kita diikat erat dengan aqidah yang sama.
disegarkan denagn kefahaman siapa hamba, siapa pencipta.
disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna.
saudaraku,

serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada.
justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar iman.
hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada dan mengutamakan orang lain.
bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini.
sesungguhnya ia anugerah.


saudaraku,
"sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan dijalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, dibawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"
-Mustafa Masyhur-

saudaraku,
orang-orang yang hidup dibawah naugan cinta dan ukhuwwah kerana Allah.
akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi.

kerana asasnya indah,
justeru hadiahnya juga indah!



No comments:

Post a Comment