Friday, February 3, 2012

gembira menyambut kelahiran rasulullah SAW

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada selasa 1432 Masihii (dari hadis riwayat Muslim, 8/25). Baginda merupakan Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati Keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat megadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul dengan niat yang ikhlas.


Tujuan sambutan hari Maulidur Rasul :
  • untuk mengembalikan ingatan kita sebagai umat Islam akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja, tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.
Hukum menyambut sambutan Maulidur Rasul :
  • Upacara sambutan hari Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah, jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment