Saturday, December 10, 2011

bercinta o.k ke k.o ?

Allah menciptakan cinta ke dalam hati manusia agar kita menjadi hambaNya dan khalifah di muka bumi ini untuk sama sama memakmurkannya. selagi manusia menggunakan cinta untuk tujuan itu, selagi itulah cinta itu selamat dan memberi kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

cinta yang sebenar apabila kita mencintai Allah SWT lebih dari segala galanya.


pertama cinta kepada Allah. cinta itu indah kerana yang mencipta cinta ialah yang maha indah. Allah itu indah dan suka pada keindahan. apabila seseorang itu tidak merasa indah dengan cinta yang dimiliki maka cinta itu bukan tidak indah tetapi hati dia yang bermasalah.

cinta itu perlulah tepat pada masanya, tepat pada siapa yang kita cintai. maka jika kita mencintai sesuatu yang baik, kita akan ke arah kebaikan. dan juga sebaliknya.

"cinta itu bukan tujuan tapi hanya jalan"
"cinta itu bukan matlamat tapi alat"

1 comment: