Sunday, December 4, 2011

5 cara melindungi diri ketika shopping online


Membeli belah secara online di laman web adalah cara yang ideal untuk mempunyai akses kepada apa apa yang anda inginkan. Ini terutama kepada mereka yang mempunyai pilihan membeli belah yang terhad. Tetapi, anda perlu tahu internet jua tempat yang berbahaya jika anda tidak berhati hati. Anda mungkin akan ditipu, jadi adalah penting untuk anda mengambil langkah untuk melindungi diri ketika hendak membeli belah di internet.

5 cara :
1- Laman bereputasi :
Walaupun ada sesetengah laman yang menawarkan tawaran yang hebat, tetapi adalah lebih baik jika kita ke laman yang mempunyai reputasi yang lebih baik seperti eBay. eBay adalah sebuah laman web yang mempunyai imej yang positif secara keseluruhan. Lebih baik membeli belah di laman web rasmi peruncit yang bereputasi. Laman laman ini adalah selamat dan mempunyai pusat panggilan perkhimatan pelanggan jika anda mempunyai masalah.
2- Keselamatan :
Apabila membeli belah di laman web peruncit, periksa ‘Checkout’ untuk dokumentasi keselamatan penting. Laman harus mempunyai maklumat yang menyakinkan pelanggan bahawa laman itu adalah selamat.
3- Elak dari nafsu :
Apabila membeli belah secara online, anda perlu ingat bahawa satu perjanjian yang Nampak sahaja benar tapi hakikatnya mungkin itu satu penipuan. Jangan terlalu percaya dengan tawaran tawaran yang mengagumkan.
4- Menggunakan PayPal :
Daftar akaun secara percuma dengan PayPal adalah cara yang berkesan untuk mencegah daripada penipuan. Apabila anda menggunakan Paypal, anda akan transfer duit dari akaun bank anda ke akaun PayPal anda untuk membayar barang yang anda beli secara online. Dengan ini penjual tidak akan tahu maklumat bank peribadi anda.
5- Semak dasar kembali :
Sekiranya anda membeli di laman web seperti eBay atau mana man laman web, pastikan untuk memeriksa kaedah atau cara untuk mengembalikan item sekiranya tidak berpuas hati. Beberapa laman mengenakan bayaran untuk kos penghantaran. Jadi, sebelum membeli pastikan anda teliti segala maklumat yang ada.

No comments:

Post a Comment